Posts Tagged 'Program'

Ops Kasih Sayang

Persatuan Ulama Melaysia Pulau Pinang (PUMPP) menempatkan 150 sukarelawan remaja untuk memberi nasihat dan panduan kepada rakan sebaya yang menyambut ambang merdeka dalam ‘Program Sayangi Remaja Malam Merdeka’ di sini, malam kelmarin.

Naib Yang Dipertua II PUMPP, Mohamad Hafiz Nordin, berkata program itu bermula jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 pagi di beberapa lokasi termasuk di Pantai Bersih di sini, yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk remaja menyambut kemerdekaan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pendekatan mesra dan tidak memaksa remaja bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti bertindak ganas terhadap sukarelawan.

“Alhamdulillah, pendekatan kami disambut baik oleh remaja yang diberi nasihat kerana mereka tidak berasa seperti dipaksa,” katanya.

Operasi itu bukan saja mampu memberi keinsafan kepada remaja, malah melatih sukarelawan PUMPP supaya bijak memberi nasihat.

“Ia langkah pertama mereka dan kami akan mendidik sukarelawan berkenaan bagi memantapkan lagi teknik berdakwah dengan modul lain pula,” katanya.

sumber : Berita Harian (1 Sept 09)

Advertisements

Oktober 2017
I S R K J S A
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Kategori

Popular

  • Tiada

Blog Stats

  • 7,655 hits