Ops Kasih Sayang

Persatuan Ulama Melaysia Pulau Pinang (PUMPP) menempatkan 150 sukarelawan remaja untuk memberi nasihat dan panduan kepada rakan sebaya yang menyambut ambang merdeka dalam ‘Program Sayangi Remaja Malam Merdeka’ di sini, malam kelmarin.

Naib Yang Dipertua II PUMPP, Mohamad Hafiz Nordin, berkata program itu bermula jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 pagi di beberapa lokasi termasuk di Pantai Bersih di sini, yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk remaja menyambut kemerdekaan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pendekatan mesra dan tidak memaksa remaja bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti bertindak ganas terhadap sukarelawan.

“Alhamdulillah, pendekatan kami disambut baik oleh remaja yang diberi nasihat kerana mereka tidak berasa seperti dipaksa,” katanya.

Operasi itu bukan saja mampu memberi keinsafan kepada remaja, malah melatih sukarelawan PUMPP supaya bijak memberi nasihat.

“Ia langkah pertama mereka dan kami akan mendidik sukarelawan berkenaan bagi memantapkan lagi teknik berdakwah dengan modul lain pula,” katanya.

sumber : Berita Harian (1 Sept 09)

1 Response to “Ops Kasih Sayang”


  1. 1 pangeran_fansurie 8 Februari 2010 at 11:36

    alhamdulilah dan tahniah

    saya telah mengikuti program masih ada yang sayang ini anjuran PERKID di Lembah Klang beberapa tahun yg lalu seaktu masih belajar di sana. Bagi saya ianya satu aktiviti yg positif dlm mencegah maksiat di kalangan remaja
    mencegah adalah lebih baik dari mgubat
    sayay juga tertanya2 kenapa ianya tidak diperluaskan ke negeri2 lain dan alhamdulilah jika di negeri kelahiran saya ini ianya telah dijalankan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




September 2009
M T W T F S S
« Jun   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Kategori

Popular

  • Tiada

Blog Stats

  • 7,503 hits

%d bloggers like this: